at majlis cukur jambul & aqiqah anak aku... wat kat umah mak aku, maklum laa kalo wat kat umah aku sempit bangat sik !!!... hehehe... tp bkn kenduri aku secara solo laa, adik aku pon join gak... wat kenduri utk anak dia skali... gile, kalo nak beli lembu sekor sorunk2... ari tu aku tanye arge standard lembu kat KL nie sekitar RM 2000 ke RM 2300.... kalo beli sorunk2 mmg koyak laa jawabnyew... ni adik aku pon nak donate skali kire ok la tu... tu pon blom kenduri lg... hehehe....
Saturday, December 18, 2010
Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Anak Aku....
at majlis cukur jambul & aqiqah anak aku... wat kat umah mak aku, maklum laa kalo wat kat umah aku sempit bangat sik !!!... hehehe... tp bkn kenduri aku secara solo laa, adik aku pon join gak... wat kenduri utk anak dia skali... gile, kalo nak beli lembu sekor sorunk2... ari tu aku tanye arge standard lembu kat KL nie sekitar RM 2000 ke RM 2300.... kalo beli sorunk2 mmg koyak laa jawabnyew... ni adik aku pon nak donate skali kire ok la tu... tu pon blom kenduri lg... hehehe....Monday, December 13, 2010
antara EVO..KANCIL dan FERRARI
Pada suatu petang yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.
Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.Tiba-tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke? "tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "ha'ah rosak" jawap pakcik tu simple aje....
"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik"..Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie... lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie...
Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over... ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye......... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu, bagi hon dan hi beam nak potong!!!'
Jangan sombong dengan kelebihan sementara
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran :Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
=========
Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…
Tuesday, December 7, 2010
GDL plak...

serba salah pon ade gak.... pikir2 balik, kalo aku cabut mcm tu jew, blacklist laa name aku kat GSC nie.. tp xpelah, xkan aku nak patah balik dtg sini... ngam2 dpt bonus nie kompom aku cabut punyew... xtahan dah berada dlm bidang nie.. lebam siot... nak xnak aku kene ubah gak, nak ade normal life mcm org lain... xsanggup dah nak keje time org cuti dan bekerja time org tido... aku nak keje yg normal working hours, nak spend time dgn anak aku bile time mlm, siang keje, mlm lpak umah... baru btol... (^_^)